|  Pilih teks sebelum tekan butang baca  |  Besarkan saiz teks Kecilkan saiz teks Saiz teks asal   |  Teks merah Teks biru Teks hijau Teks asal   |  Tema asal Tema cerah Tema gelap
WargakerjaKomuniti

Latar Belakang


Pejabat Kesihatan Daerah Muar telah mula beroperasi sejak sebelum kemerdekaan. Selepas pengwujudan Daerah baru Ledang, perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi perkhidmatan kesihatan di sebelas (11) buah klinik kesihatan, 2 klinik Komuniti dan 38 buah klinik desa. Ia meliputi kawasan seluas 134,637 hektar (1,351.74 km2) dengan jumlah penduduk seramai 314 775 orang (Mycensus DOSM 2020). Alamat PKD Muar adalah di Jalan Othman, 84000 Muar, Johor Darul Takzim.


Perkhidmatan kesihatan di Daerah Muar bermula dengan Program Jagaan Ibu dan Anak yang berkembang dari tahun ke tahun sejajar dengan keperluan masyarakat setempat dan kawasan yang pesat membangun. Mulai tahun 1997, program-program ‘expanded scope’ di bawah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilaksanakan, iaitu Program Kesihatan Warga Tua, Program Kesihatan Mental dan Program Kesihatan Remaja. Pada masakini, terdapat tiga unit utama di Pejabat Kesihatan Daerah Muar, iaitu Unit Kesihatan Keluarga dan Kesihatan Primer, Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pentadbiran. Pejabat Kesihatan Daerah Muar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan, melalui perlaksanaan sistem pengurusan kualiti berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015.

  Berita
  Pengumuman

  Alamat Rasmi
Address PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUAR
Jalan Othman
84000 Muar
Johor
Telephone No.06-9522326
Fax No.06-9516533
Email info@pkdmuar.gov.my